Say No To Hudud

Friday, April 29, 2011

Chin Kwai Fatt has put the MOF in a tight spot!



Pertikaian pendaftaran syarikat PricewaterhouseCoopers (PwC)
Soalan


Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:

(a)          bagaimana syarikat PricewaterhouseCoopers (PwC) dan salah seorang ahli lembaga pengarah didaftarkan pada tarikh yang sama iaitu 1 April 2010 oleh Lembaga Pemantauan Audit (AOB) di bawah seksyen 31s (1) Akta Suruhanjaya Sekuriti, sedangkan kebanyakan ahli lembaga pengarah dilantik pada tarikh selepas 1 April 2010; dan

(b)          siapa yang menandatangani surat pendaftaran untuk syarikat PwC dan ahli lembaga pengarah berkenaan? Adakah pengerusi Suruhanjaya Sekuriti atau Pengarah Lembaga Pemantauan Audit (AOB)? Mekanisma apa yang digunakan untuk menerima dan memproses permohonan berkenaan apabila Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti hanya menandatangani pindaan tersebut pada 8 April 2010, dan Menteri Kewangan 2 pada 13 April 2010

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

(a)          Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan penubuhan AOB berkuat kuasa pada 1 April 2010, kesemua syarikat tersenarai mesti melantik juruaudit yang berdaftar dengan AOB. Kuasa AOB untuk menolak permohonan pendaftaran dari firma audit atau juruaudit diperuntukkan di bawah Seksyen 31P Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA) manakala Seksyen 31s memberi kuasa kepada AOB untuk menetapkan tempoh pendaftarannya. Bagi kes PricewaterhouseCoopers (PwC), AOB meluluskan permohonan firma tersebut beserta seorang rakan kongsinya pada 1 April 2010 setelah mengambil langkah proaktif bagi memudahkan proses pendaftaran dan berpuas hati mereka mematuhi kehendak pendaftaran selaras dengan Seksyen 31P SCA. Tindakan ini dilaksanakan bagi mengelakkan syarikat-syarikat tersenarai menghadapi masalah melantik juruaudit syarikat yang lazimnya dilaksanakan pada suku kedua serta mengelak syarikat-syarikat tersebut daripada menanggung kos yang tidak perlu.

Sebelum kelulusan pendaftaran diberi, firma audit dan juruaudit dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada AOB berserta fi pendaftaran. Setiap permohonan akan diteliti berdasarkan kehendak Seksyen 31P SCA bagi memastikan, antara lain, firma audit atau juruaudit berkenaan tidak pernah disabitkan kesalahan yang melibatkan kes penipuan atau penyelewengan, gagal mematuhi piawaian pengauditan dan tidak muflis. Walaupun peraturan mengenai yuran AOB hanya berkuat kuasa pada 15 April 2010, namun begitu, pihak AOB telah mengguna pakai surat aku janji dari firma audit bagi urusan bayaran fi pendaftaran bagi mengelakkan syarikat-syarikat tersenarai menghadapi masalah melantik juruaudit sementara menunggu peraturan tersebut berkuat kuasa. Kelewatan menguatkuasakan peraturan ini adalah untuk memastikan peraturan yang dibuat dengan teratur dan sempurna.

Explore posts in the same categories: Parliament
This entry was posted on April 29, 2011 at 5:51 am and is filed under Parliament. You can subscribe via RSS 2.0 feed to this post's comments. You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Chin Kwai Fatt of PwC Malaysia has not reported this blog to the police or the MCMC yet. And he could turn out to be a big liability for the government with GE13 approaching. 

No comments:

Post a Comment